Hari ini, KPKT telah melancarkan Skim Simen Rahmah bagi menawarkan simen pada harca yang 30% lebih murah daripada harga pasaran untuk menyokong pembinaan Projek Rumah Mampu Milik.

Inisiatif ini merangkumi projek rumah mampu milik di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta sektor swasta.

Melalui skim ini, KPKT berharap para pemaju akan terus bersama-sama mendukung agenda Kerajaan MADANI dalam menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti, walaupun berdepan peningkatan kos pembinaan susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.

πŸ“Œ Harga subsidi simen adalah seperti berikut:

i. Simen Pukal: RM290.00 per tan (Penjimatan 31.8% atau RM135 berbanding harga pasaran RM425)

ii. Simen Kampit (50kg) RM17.50 sekampit (Penjimatan 29.7% atau RM7.40 berbanding harga pasaran RM24.90)

Melalui inisiatif ini, sebanyak 1.6 juta tan metrik simen diperuntukkan bagi menyokong sasaran RMK13 untuk membina 500,000 unit Rumah Mampu Milik dalam tempoh lima tahun.

Skim ini diperkenalkan menerusi kerjasama strategik bersama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA). Terima kasih kepada C&CA dan YTL Cement atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif rakyat ini.

#MalaysiaMADANI#KPKT#SkimSimenRahmah#RumahMampuMilik